anugerah dan pencapaian amway


Tahniah kepada Nutrilite dan eSpring kerana merangkul Anugerah Emas Jenama Paling Dipercayai Malaysia pada 2022!


Nutrilite: Anugerah Emas dalam Kategori Vitamin/Suplemen Kesihatan (Malaysia)


Anugerah Emas Jenama Paling Dipercayai Malaysia dianugerahkan kepada jenama yang menerima keputusan cemerlang berdasarkan tinjauan tahunan Reader's Digest Asia. Jadi, tidak hairanlah Nutrilite sekali lagi diiktiraf sebagai Jenama Anugerah Emas, selama 18 tahun berturut-turut.

Sebagai jenama suplemen dan vitamin terkemuka, Nutrilite menawarkan rangkaian produk kesihatan dan kesejahteraan yang luas dengan jaminan ketulenan, keselamatan dan keberkesanan. Ia satu-satunya jenama vitamin dan suplemen diet global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang-ladang mereka sendiri yang disahkan organik*.

Nutrilite berbangga dengan ketelusan dan kebolehjejakan prosesnya, yang bermaksud anda tahu dari mana datangnya setiap bahan supaya anda boleh membuat pilihan bijak untuk keluarga anda. Malah, Nutrilite ialah jenama vitamin dan suplemen diet No. 1 dari segi jualan di dunia.*


anugerah dan pencapaian amway

IFANCA® atau Islamic Food and Nutrition Council of America (Majlis Makanan dan Pemakanan Islam Amerika) telah menganugerah AMWAY™ sebagai "Syarikat Terbaik 2015" semasa Persidangan Makanan Halal Antarabangsa 2015 untuk kecemerlangan dalam pematuhan dan pelaksanaan produk NUTRILITE™ yang disahkan Halal di 11 pasaran di seluruh dunia.

Gambar menunjukkan Debbie Laverty, Pengarah Perkhidmatan Teknikal Global Amway, menerima anugerah semasa Persidangan itu daripada IFANCA.

Bagi kenyataan akhbar IFANCA penuh, sila layari: http://bit.ly/1Gft0Iz. Kesemua supplemen NUTRILITE di Malaysia adalah disahkan Halal oleh IFANCA atau JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

AMWAY dan NUTRILITE telah bertungkus lumus untuk mendapat pengiktirafan Halal untuk produk supplemennya di 11 pasaran tersebut. Kami sungguh berterima kasih kepada IFANCA atas pengiktirafan usaha kami demi anugerah yang penuh bermakna ini.


anugerah air filter terbaik amway

Amway Dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Strategi Bersaingan Rawatan Air Di Rumah Asia-Pasifik Frost & Sullivan 2021 selama 12 tahun berturut-turut.

Mengiktiraf kemampanan, keberkesanan kos dan teknologi termaju eSpring yang meningkatkan kebolehcapaian kepada air bersih dengan ketara, Amway telah Dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Strategi Bersaingan Rawatan Air Di Rumah Asia-Pasifik Frost & Sullivan 2021 selama 12 tahun berturut-turut.

“Ciri-ciri unit eSpring yang tersendiri menjadikannya menarik kepada pelanggan. Sistem penurasan berkualiti tingginya mempunyai penuras 0.2 mikron yang boleh menyingkirkan hampir 140 bahan cemar, seperti sebatian organik dan tak organik, racun perosak, bahan kimia industri, zarah halus dan bahaya biologi,” kata Azam. “Frost & Sullivan mengiktiraf Amway kerana sumbangan ketara kepada alam sekitar melalui produknya yang inovatif dan komprehensif.”